Hukum Sambutan Maulid Nabi
Sungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.
Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:
Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
Menutup aurat.
Tiada unsur maksiat.
Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.
Jom Selawat Ke Atas Nabi!
Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada Kekasih-Nya, Rasulullah SAW.
Antara selawat yang boleh dibacakan :
Selawat Nariyah
Selawat Adrikiyyah
Selawat ‘Azhimiyyah
Selawat Al-‘Ali Al-Qadri
Selawat Jawahirul Anwar
Selawat Thabibi Qalbi
Selawat Wisal
Kesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.
Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul
No comments:
Post a Comment