Friday, July 29, 2011

Kembara Bumi Anbia Jordan 2011 - Citarasa 3

Selain dari nasi beriani & nasi zurbiyan ada juga nasi "mandy" dan juga nasi arab mesir yang kami jamah dalam perjalanan ke pelabuhan Aqaba ( selatan Jordan ).




Nasi Arab Mesir (lauk kambing). Ada kuah kari & jeruk.


Nasi Mandy (lauk ayam)


Mungkin tidak lengkap kalau ke Jordan tidak mencuba manisan dicampur telur (halawiyat). Rasanya tersangat manis.





Moga2 jenis makanan yang dipaparkan di atas dapat memberi sedikit pengetahuan kepada sesiapa yang akan menziarahi bumi anbia Jordan. Paling penting bagi kita sebagai umat Islam ialah mendapatkan makanan yang halal lagi baik (halalan toiyiban).

Kembara Bumi Anbia Jordan 2011 - Citarasa 2

Masih menceritakan pasal makanan yang sempat kami rasai semasa di Jordan.
Juga kami pernah sarapan pagi dengan roti berbentuk tiga segi dan berinti daging disebut sebagai "magjanad" dalam bahasa arab. Ada juga berbentuk empat segi bujur.




Kami juga dapat merasai kebab, jeruk timun & karot (sebagai appetizer) dan mutabbal (warna putih). Kebiasaannya dicampur kebab & mutabbal dan dimakan dengan khubuz (roti).






Friday, July 22, 2011

Kembara Bumi Anbia Jordan 2011 - Citarasa 1

Alhamdulillah saya dan isteri selamat menjejak kaki ke bumi anbia Jordan pada 23/06/2011, lebih kurang jam 5.15 pagi waktu tempatan. Kami berlepas dari KLIA jam 10.10 malam dengan pesawat Royal Jordanian dan mendarat di Queen Alia Airport, Amman, Jordan.


Sampai di Irbid iaitu hampir 1 jam lebih perjalanan dari Amman, terus ke apartment sewa anak sulong saya di sana. Untuk sarapan pagi, kami mencuba-cuba makanan orang arab Jordan iaitu falafeel, hummus dan fata yang bahan asasnya dari kacang kuda. Sedap juga sesekali dapat merasai makanan sebegini.



Makanan sarapan pagi di Irbid


Khubuz (roti), hummus dan fata


Falafeel - bahan dari kacang kuda, dihancur dan digoreng.


Hummus, fata & falafeel diletak atas khubuz



Digulung ala-ala twister kfc tanpa sayur


mmm...memang sedap dimakan



Untuk makanan tengahari, kami diperkenal untuk mencuba di "kedai bawah tanah" memang popular di bandar Irbid. Diusahakan oleh peniaga arab dari Yemen. Bila melangkah kaki masuk ke kedai, awal-awal lagi "towkay" kedai dah ucap selamat dan bertanya khabar. Tak faham arab pun senyum-senyum juga. Ahlan Wa Sahlan...



Nasi beriani dan nasi zurbiyan ala yemen untuk dua orang makan (satu dulang dua jenis nasi). Tapi kami bertiga (dengan anak ) kongsi satu dulang baru boleh habiskan. Alhamdulillah.



Ada sayur, kuah (ada rasa macam kari) dan air asam


Memang menyelerakan....