Thursday, January 28, 2021

TAHUN BARU 2021 DISAMBUT DENGAN PKP 2.0 - SEMOGA JANGKITAN COVID-19 LENYAP DARI BUMI MALAYSIA

Selamat Tahun Baru 2021

PKP 2.0 AKAN BERMULA PADA 13 JANUARI HINGGA 26 JANUARI 2021 MELIBATKAN ENAM BUAH NEGERI

Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

PKP ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti berikut:

Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Peringkat kedua, PKPB (Bersyarat) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Peringkat Ketiga, PKPP (Pemulihan) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Langkah ini terpaksa diambil kerajaan dalam usaha melandaikan kembali lengkuk jangkitan COVID-19 yang dilihat semakin teruk sejak beberapa minggu kebelakangan ini.