Sunday, December 9, 2012

MENGAPA DOKTOR BEDAH MEMAKAI BAJU BERWARNA HIJAU?



Tahukah Anda ??

Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Warna hijau juga adalah warna kegemaran Rasulullah ;)

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah hijau.” Namun selain itu Rasul SAW juga ternyata menyukai warna putih.


Saturday, December 8, 2012

KESAN VIRUS LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS) - SATU PERKONGSIAN & IKTIBAR


Penjelasan dan Kisah disebalik yang dikatakan 'fitnah'.


Blog ini dari awalnya diadakan tidak bertujuan untuk menarik pembaca pun.. Saya rasa saya menulis atas dasar minat dan mungkin ianya salah satu cara untuk saya melepaskan perasaan saya.. adakalanya apa yang saya tulis banyak dipengaruhi perasaan.. Untuk kali ini.. saya ingin tulisan ini dianggap sebagai penjelasan dari pihak saya.. Saya ingin menjelaskan prinsip dan pegangan saya dalam isu ini.

Saya tidak pernah berniat untuk menjadikan cerita dan kisah anak saya sebagai platform untuk mendapat sokongan sesiapa/mana-mana pihak. Pada hari pertama Arwah Sarah sakit tujuan saya berkongsi cerita dan rasa dalam ruang facebook saya semata-mata untuk memohon jasa baik sahabat2 untuk sama2 mendoakan keselamatan anak saya.. Saya tidak rasa permintaan itu keterlaluan.. permintaan dari seorang ibu yang hanya mahukan anaknya sihat kembali seperti sediakala.

Saya rasa perkara ini hanya akan menjadi jelas dan nyata jika cerita ini datang dari saya, Ibunya sendiri.

Anak saya mula demam pada hari Isnin menjelang senja, Selasa tengah hari kami tiba di klinik Tan & Mano di Bukit Antarabangsa. Balik makan ubat dan antibiotik seperti biasa.. Rabu malam, hari lahir kakaknya jadi kami ke KLCC untuk makan malam.. di situ arwah beberapa kali mengadu sejuk dan suhu badannya agak tinggi.. sampai dirumah saya beri ubat demam dan arwah tidur seperti biasa sedangkan kami mama dan papa nya kejap2 bangun merasa badan sambil lap dengan tuala basah dan tampal cool fever.

Khamis pagi2 kami bawanya ke Tan & Mano untuk dapatkan referral letter dan terus ke Ampang Puteri berjumpa pakar kanak2. Di sana kami menjalankan ujian darah.. Keputusan ujian darah arwah biasa.. blood count untuk sel darah dan putih seperti biasa.. cuma ada sedikit infection jadi dr pakar beri ubat antibiotik.. Menjadi kebiasaan, jika ada demam denggi atau jankitan yang serius, bacaan sel darah merah atau putih akan ada perubahan tetapi untuk arwah semuanya normal.

Kami pulang ke rumah dan arwah mengambil ubat antibiotik, ubat demam, ubat batuk seperti biasa. Malam itu arwah tidur lena seperti biasa.. Memang sejak arwah demam nampak arwah sering terlena.. saya sangka mungkin arwah letih kerana demam.. seperti ibu-ibu lain... saya biarkan anak saya tidur. Jumaat pagi sebelum ke tempat kerja, suami saya sempat memegang anaknya.. "dah kurang demam dia" katanya.. kerana itu dia pun terus ke pejabat.

Pagi itu, arwah bangun pagi dan ke tandas beberapa kali.. saya tanya dia "Arah buang air besar ke?" ,"ya" katanya.. Tak berapa lama selepas itu, pakcik yang sedang membuat kerja renovation dapur saya tiba dan saya keluar membuka pintu untuknya.. selepas itu sarah enggan tidur.. dia hendak duduk menonton tv diluar. Saya turutkan.. sambil membuat kerja2 crochet saya, dia duduk di sofa dan saya duduk di lantai. Saya mula memujuknya untuk makan antibiotik.. pil yang dr berikan.. takut tak boleh telan katanya.. saya kata.. arah mesti boleh.. arah kan pandai.. nanti mama ajar.. puas saya pujuk itupun setelah dia menyiapkan kad untuk neneknya.. kebetulan hari jumaat itu hari lahir neneknya.. belum sempat siap dia mewarna dia mengadu.. "Arah penat la ma.." saya katakan padanya "Penat tak payah la buat.. biarkan.. nanti sambung" dia akur dan kemudian kami ke meja makan untuk makan ubat..

First attempt untuk telan ubat pil antibiotik tu tidak berjaya, pil tu masih di mulut.. cubaan kali ke 2 baru dia berjaya telan.. dengan bangganya dia menunjukkan ibu jarinya 'thums up' with that look on her face.. yang SAYA AKAN INGAT SAMPAI BILA2.. takkan dapat saya lupa..

lepas itu dia ke sofa.. duduk sebentar sebelum ke tandas lagi.. saya tanya soalan yang sama.. pelik kenapa banyak kali sangat dia buang air besar. Keluar dari tandas dia mengadu kesejukkan.. saya suruh dia baring di sofa.. tak lama kemudian dia mula menggigil.. saya selimutkan dia.. saya mula telefon mummy saya.. hati saya memang tak sedap.. rasa ada yang tak kena.. mummy kata maybe sebab dia perut kosong.. jadi saya suapkan nasi goreng.. dia hanya makan 1 sudu kecil.. dan minum air. Kemudian kami berpindah tempat ke dalam bilik.. dia masih meminta air.. Sambil baring dia meminta saya "Ma, boleh tak mama baring belakang arah?" saya baru hendak merebahkan badan dia bersuara lagi "Kenapa mama tak pandang Arah"... "ya.. mama nak pusing la ni.. baru nak baring.." Badannya makin kuat menggigil.. saya memeluknya sambil menelefon papanya.. Talian disambungkan dan dari talian telefon suami saya boleh mendengar suara Sarah menggigil.. betapa kuatnya dia menggigil.. Suami saya di Kampung Pandan bersiap untuk solah jumaat tetapi katanya dia akan cuba ambil teksi untuk pulang..

Sementara saya menggosok2 dan memeluk sarah.. kakak dan adiknya mandi.. sesudah mereka siap, saya beritahu sarah "Baring ya, mama nak mandi kejap je.. nanti papa balik, kita ke hospital" Saya terus ke bilik air, mandi lebih kurang dan bila keluar, suami saya pun tiba..saya terus bersiap dan mendapatkan Sarah.. nampak sudah tak menggigil.. tapi badan nya sangat sangat panas.. saya cuba duduk kan dia.. tapi dia pucat.. saya minta kakak ambilkan cool fever, tampal cepat2, terus ambil wheel chair dan tinggalkan rumah.

dari tingkat 8 rumah saya ke tingkat 1 parkir kereta.. sarah mula ketawa seorang.. dia asyik menghulur kakinya ke roda dan berkata.. "Sarah nak sliper!" sambil ketawa.. saya jadi panik dan marah sambil tinggikan suara saya katakan takde selipar!.. tapi sarah tak sedar.. dia terus menyorong kakinya. Bila suami sarungkan selipar dia ketawa.. itulah ketawa terakhir yang saya lihat di wajahnya..

terus kami bawanya dengan niat menuju ke Ampang puteri.. sampai di jalan sentul manis bila saya toleh kebelakang Sarah sudah memandang ke atas.. dengan suara yang pelik.. saya tak tau.. saya tak faham.. apa yang berlaku.. saya terus memanjat ke seat belakang cuba mendukung sarah tapi saya bukan saja ditolak, malah di cakar ditumbuk di tolak seolah-olah saya bukanlah sesiapa untuknya.. kenapa ni Sarah? Arah! Arah! ni mama Arah! saya memanggilnya berkali-kali hanya untuk ditolak dan dicakar.. saya peluk saya cium tapi dia terus memandang keatas.. saya menyuruh suami berhenti di Tawakal..

Tiba di tawakal dia dibawa terus ke red zone kemudian terus ke ICU..

Baru hari ini saya tahu ramai yang cuba mendapatkan cerita sebenar.. Dear readers, this is the truth.. do you think all this is easy for me to digest in less than 1 hour? Dari seorang anak yang masih boleh bangun berjalan dan menyapa sambil melukis tiba2 dia di ICU.

Sekali dia ditolak masuk ke ICU kami menanti dari jam 1.40 hingga 6.30 petang lebih kurang.. Ini apa yang Dr. beritahu kami..

Your daughter came in very very very bad.. She is in a shock and her whole body system is in a mess. her heart is very very very weak and is not pumping enough blood. Her blood could not clog. She is bleeding very badly from nose and mouth!

Untuk sesiapa yang merasakan tulisan Bahasa Inggeris saya mengelirukan, saya minta maaf.. barangkali saya belum cukup ilmu.. jadi saya cuba terangkan dalam bahasa melayu.. kata dr

Anak puan sangat sangat sangat tenat. Badannya dalam keadaan 'renjat' dan seluruh sistem badanya bercelaru. Jantungnya tidak mengepam darah sangat lemah, darahnya tidak membeku jadi darah keluar melalui hidung dan mulutnya..

We cannot promise anything as she is very very very critical.

Ubat yang diberi adalah yang paling kuat dan dalam dos maksima untuk bantu jantungnya.. itupun masih sangat lemah

Tiba2 bacaan darahnya jadi sangat2 berbeza berbanding semalam..tiba2 kata dr. anak saya ada virus leptospirosis, denggi dan satu lagi bakteria lain..

Saya berniat untuk menceritakan bagaimana kami berdua papa dan mama yang seperti juga ibubapa lain menganggap anak sebagai nyawa sendiri merngambil keputusan untuk menerima dan melepaskan arwah kembali kepada penciptanya.. barangkali di lain siri.. ini adalah siri khas untuk menceritakan dari awal bagaimana arwah sakit

Dari hari kami MENGKEBUMIKAN anak kami Sarah Khadijah, rumah kami sudah dikunjungi oleh Pegawai Kesihatan dari Jabatan Kesihatan.. kemudian dari DBKL untuk mendapatkan statement pergerakan kami 2 minggu yang lalu.. U tell me which part of the story that people wont understand? Is it so difficult to understand that it is NOT EASY losing a CHILD? Hari berikutnya, Selasa juga ada pegawai dari DBKL datang hendak bersoal jawab.. kami tolak dengan berkata... tolong lah faham perasaan kami yg baru kehilangan anak.. jawab pegawai tu.. oh! ye la kesian.. now how do u feel if u were us??

Hari Rabu, kami ke Ampang Puteri untuk blood test anak2 yang lain.. di sana kami didatangi pegawai dari Jabatan Kesihatan..

Kami ke Wetworld, I-City (tidak ke Snow walk) dan Taman botani di Shah Alam Pada 10 dan 11 November 2012 this shall answer most of the question about when we were there.. saya TAHU virus itu memerlukan 2 hari - 4 minggu untuk menunjukkan tanda.. I have DONE my research.

Saya TIDAK PERNAH kata virus itu datang dari WWSA.. tolong faham.. saya tidak langsung pernah melonjakkan semangat untuk boikot WWSA malah perkataan boikot itu tidak pernah sekalipun keluar dalam posting2 saya di FB..

Saya juga TIDAK PERNAH meminta, memohon, merayu sesiapa untuk share dan sebarkan.. apa yang saya kata, elakkan ke public pools, elakkan ke taman2 dan hutan2.. elakkan taman2 binatang yang tidak bersih..

Hari Isnin/Selasa saya kurang pasti.. seorang rakan saya post di Wall FB saya memberitahu kawan kepada rakan sepejabatnya kehilangan 2 orang anak lelaki dan mereka juga pernah mengunjungi WWSA.

Barangkali dari situ beberapa pihak mengandaikan virus itu datang dari WWSA.. Jadi dimana silapnya? apa yang besar sangat isu disini berbanding isu NYAWA? salahkan andaian sahabat saya itu? jika salah saya rasa lebih BIJAK jika WWSA sendiri yang mencari jalan membuktikan tempat mereka bersih. Masih ingat kisah IKEA yang diserbu Jakim kerana isu sosej? apa tindakan mereka? mereka segera tutup kafeteria mereka, hentikan operasi, samak semua alatan dan perkakas.. barangkali IKEA milik warga negara luar yang fikirannya lebih bijak dan waras.. the People's trust is most important..


Kesimpulannya..

 
Saya sekeluarga redha ketentuan Allah.. malah saya percaya dengan yakin dimana tempat Sarah Khadijah dan semua yang berlaku.. (dari ujian darah yang normal, ke blood count yang tiba2 jadi caca marba dan pelbagai virus dan bakteria dalam darah) sebagai PENYEBAB untuk menjemputnya pulang ke tempat yang kekal abadi..

Tidak sedikit pun terlintas di hati dan fikiran kami untuk mengambil apa2 tindakan keatas sesiapa jikapun benar andaian itu kerana kami redha dan tidak timbul soal siapa salah dan dimana asal usul sakit itu.. Bukan kah sakit dan sihat juga dari ALLAH??

Cukuplah apa yang telah di Share... apa yang lebih penting pihak yang berkaitan, silalah jalankan tanggungjawab anda kepada orang awam.. jika betul bersih alhamdulillah.. dan seperti yg telah saya ulang saya tidak meminta sesiapa memboikot.. SILALAH BERAMAI-RAMAI ke mana juga yang saudara saudari kehendaki.. kerana dunia Allah ini maha luas..

Semoga dengan penjelasan ini.. tidak timbul lagi isu dan soalan2 pelik yang sukar dijawab.. kerana saya percaya segalanya sudah jelas..

Liza Masrina Ibrahim

Tuesday, December 4, 2012

Posted by Liza Masrina Ibrahim at 12/04/2012 11:24:00

http://lizamasrina.blogspot.com/