Monday, January 10, 2022

MyKebunBR - Hobi Masa Lapang Tanam Pokok Belakang Rumah

Perintah Kawalan Pergerakan yang diadakan secara bersiri satu lepas satu hampir 2 tahun ada hikmah di sebaliknya. Bagi setengah orang yang sudah bergelar YB seperti saya, mencuba hobi baru dalam bidang pertanian adalah antara pilihan yang tepat. Sambil membuat aktiviti yang dapat keluarkan peluh, dapat juga merasai hasil tanaman "bekas tangan" sendiri. Alhamdulillah dapat juga penuhi masa yang terluang. 



"SELEPAS DIPINDAH DARI BEKAS SEMAIAN"

"POKOK DAUN KUNYIT DAN PANDAN"

"POKOK SERAI DAN KACANG PANJANG"

"POKOK BENDI SEDANG BERBUNGA"

"ALHAMDULILLAH DAN MULA KELUAR HASIL"

"POKOK TERONG DAH KELUAR HASIL"

"HASIL BENDI DAN CILI API"

"POKOK DAUN KARI DAN CILI API"

"POKOK DAUN CEKUR DAN SIREH GADING"

"ALHAMDULILLAH.....DAH DAPAT MERASAI HASIL"


"HASIL-HASIL DARI KEBUN BELAKANG RUMAH"

"ALHAMDULILLAH.....HASIL-HASILNYA..... DAPAT MERASAI YANG SEGAR TERUS DARI KEBUN"


SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2022 ...... walaupun dah 10 hari berlalu


Marilah kita sama-sama doakan semoga Allah SWT limpahi sinar harapan yang lebih baik sempena kemunculan tahun baru 2022. Dapat kembali pada hidup normal bebas dari wabak Covid -19 yang membataskan aktiviti harian kita. Aamiin Ya Allah.