Monday, August 15, 2011

Kembara Bumi Anbia Jordan 2011 - Menziarahi Ashabul Kahfi

Kisah Ashabul Kahfi (Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.


Bilangan pemuda
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.

Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.
Dikatakan nama pemuda-pemuda tersebut adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius, Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir.

Lokasi gua
Ashabul bermaksud “ahli” dan Kahfi bermaksud “gua”.. Mereka tidur selama 3 abad atau 309 tahun. Ada 3 gua yang dimaksudkan itu:
Gua di Efesus, Anatolia, Turki sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini.
Gua di Damsyik, Syria.
Gua di Amman, Jordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam al Quran.


Gua di Ephesus
Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang। Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.




Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan

Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya 'Penemuan Besar Abad 20 : 7 Petidur Tiga Abad' menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan. Peristiwa Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga surah dinamakan al Kahfi.

















Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Friday, July 29, 2011

Kembara Bumi Anbia Jordan 2011 - Citarasa 3

Selain dari nasi beriani & nasi zurbiyan ada juga nasi "mandy" dan juga nasi arab mesir yang kami jamah dalam perjalanan ke pelabuhan Aqaba ( selatan Jordan ).




Nasi Arab Mesir (lauk kambing). Ada kuah kari & jeruk.


Nasi Mandy (lauk ayam)


Mungkin tidak lengkap kalau ke Jordan tidak mencuba manisan dicampur telur (halawiyat). Rasanya tersangat manis.





Moga2 jenis makanan yang dipaparkan di atas dapat memberi sedikit pengetahuan kepada sesiapa yang akan menziarahi bumi anbia Jordan. Paling penting bagi kita sebagai umat Islam ialah mendapatkan makanan yang halal lagi baik (halalan toiyiban).

Kembara Bumi Anbia Jordan 2011 - Citarasa 2

Masih menceritakan pasal makanan yang sempat kami rasai semasa di Jordan.
Juga kami pernah sarapan pagi dengan roti berbentuk tiga segi dan berinti daging disebut sebagai "magjanad" dalam bahasa arab. Ada juga berbentuk empat segi bujur.




Kami juga dapat merasai kebab, jeruk timun & karot (sebagai appetizer) dan mutabbal (warna putih). Kebiasaannya dicampur kebab & mutabbal dan dimakan dengan khubuz (roti).






Friday, July 22, 2011

Kembara Bumi Anbia Jordan 2011 - Citarasa 1

Alhamdulillah saya dan isteri selamat menjejak kaki ke bumi anbia Jordan pada 23/06/2011, lebih kurang jam 5.15 pagi waktu tempatan. Kami berlepas dari KLIA jam 10.10 malam dengan pesawat Royal Jordanian dan mendarat di Queen Alia Airport, Amman, Jordan.


Sampai di Irbid iaitu hampir 1 jam lebih perjalanan dari Amman, terus ke apartment sewa anak sulong saya di sana. Untuk sarapan pagi, kami mencuba-cuba makanan orang arab Jordan iaitu falafeel, hummus dan fata yang bahan asasnya dari kacang kuda. Sedap juga sesekali dapat merasai makanan sebegini.



Makanan sarapan pagi di Irbid


Khubuz (roti), hummus dan fata


Falafeel - bahan dari kacang kuda, dihancur dan digoreng.


Hummus, fata & falafeel diletak atas khubuz



Digulung ala-ala twister kfc tanpa sayur


mmm...memang sedap dimakan



Untuk makanan tengahari, kami diperkenal untuk mencuba di "kedai bawah tanah" memang popular di bandar Irbid. Diusahakan oleh peniaga arab dari Yemen. Bila melangkah kaki masuk ke kedai, awal-awal lagi "towkay" kedai dah ucap selamat dan bertanya khabar. Tak faham arab pun senyum-senyum juga. Ahlan Wa Sahlan...



Nasi beriani dan nasi zurbiyan ala yemen untuk dua orang makan (satu dulang dua jenis nasi). Tapi kami bertiga (dengan anak ) kongsi satu dulang baru boleh habiskan. Alhamdulillah.



Ada sayur, kuah (ada rasa macam kari) dan air asam


Memang menyelerakan....

Thursday, May 5, 2011



Beware the Facebook felons
By P. ARUNA aruna@thestar.com.my



PETALING JAYA: Crooks are cashing in on personal details readily revealed by some Facebook users and using them in identity frauds, blackmail or to “steal” money from users.
Over-excited online social network users who reveal personal information and accept “friendship” requests from complete strangers have made the site an increasingly popular target for cybercriminals.


Many users, especially beginners, experience culture shock when they suddenly become “popular” and receive many friendship requests, said criminologist and Malaysian Association of Certified Fraud Examiners president Datuk Akhbar Satar.


“They feel encouraged to reveal more information about themselves without realising the damage it could cause,” he said, adding that many users even posted sexy or nude pictures of themselves on the website and ended up being blackmailed by complete strangers.
Akhbar said the practice of posting personal details such as birth dates, addresses and telephone numbers on the website had proven to be the source of a lucrative business for identity fraudsters.


“The crime triangle comprises elements of desire, target and opportunity. Once there is a desire to commit the crime, the criminal identifies the target and opportunity. This is where Facebook comes in,” he said.
According to Socialbakers.com, a website dedicated to global Facebook statistics, there are currently 9,874,860 Facebook users in Malaysia alone, which is 37.75% of the entire population.
Youths between the ages of 18 and 25 formed the majority of Malaysian users – 38% – while the youngest group, aged between 13 and 15, makes up 7% of users.


The gender ratio of Malaysians on Facebook is almost equal – with 53% of them being female.
Hackers operating on social networks can easily create fake profiles and send friendship requests to unsuspecting users within their target groups.
Many users have become victims of identity frauds, harassment, blackmail and have lost money through various scams operated via the website.
There have also been reports of gangs and drug syndicates in Malaysia recruiting members through Facebook and other social networks.
The criminals’ job is made easier as the name and profile picture of the user is visible to all via the websites’ default privacy settings.


“Unlike crimes committed in the physical world, cyber crimes require little or no investment,” said Akhbar, adding that such crimes were also difficult to detect.



Monday January 17, 2011