Friday, October 26, 2012

NASI MANDY - Chef Sabri


RESEPI : NASI MANDY

PENYEDIAAN: UNTUK 4 ORANG

MASA: 30 MINIT


BAHAN - BAHAN :


4 cawan Beras Basmathi Panjang- di basuh berasingan

4 cawan Air/ air rebusan daging

1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung

1 sdm Serbuk jintan Manis

1 sdm Serbuk Jintan Putih

1 sdm Serbuk Ketumbar

1/2 sdk serbuk kunyit

1 inci kulit kayu manis

4 biji Buah pelaga

3 ktm Bunga Lawang

3 ktm Bunga cengkih

2 sdm Gula

1 sdm Garam

1 sdm Serbuk perasa Ayam


Cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata.

2. Tuang Air ke dalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.


TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKKAN IKATAN DAUN PANDAN, HIRISAN HALIA, HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.

NASI MANDY INI BOLEH DIHIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA.


Pada sesiapa ingin belajar lebih dekat boleh masuk kelas bengkel masakan bersama Master Chef Sabri....TUNGGU SELEPAS RAYA INI AKAN CHEF UMUMKAN DI RADIO IKIM SETIAP HARI JUMAAT JAM 10.15 PAGI.


SEMOGA DOA SAYA, ANDA SENTIASA MENDAPAT KEBERKATAN DARI MAHA ESA, TIP KEJAYAAN, ADA RESEPI JANGAN KEDEKUT.


SELAMAT MENCUBA

MASTER CHEF CELEBRITY at 1:27 AM

Wednesday, October 24, 2012

NASI ARAB DAN SALATAH HARA

( Resepi dari Ustaz Mohd Hazri Hashim Al Bindany )


1. PENYEDIAAN BAHAN


Penyediaan Stok Tulang Untuk Nasi


- Tulang lembu / kambing yang ada daging ( bukan tulang semata-mata )

- 15 biji buah pelaga

- 15 kuntum bunga cengkih

- 15 biji lada hitam

- 1 sudu kecil jintan putih

- 1 biji buah pala ( diketuk )

- 3 helai bay leaves

- 1 inci halia ( diketuk )



Penyediaan Nasi


- 3 cawan beras basmathi

- 3 – 4 cawan stok tulang ( bergantung kepada jenis beras basmathi )

- 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun

- 1 labu bawang besar yang besar ( potong dadu )

- 1 biji tomato yang kecil ( potong dadu )

- 4 biji buah pelaga

- 4 kuntum bunga cengkih

- 5 biji lada hitam

- garam secukup rasa




Penyediaan Salatah Hara


- 2 biji tomato

- 2 cili merah

- ½ biji bawang besar

- sedikit daun ketumbar

- lemon

- garam & gula secukup rasa




2. CARA PENYEDIAAN


- rebus tulang & daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang & daging


- tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Ubah ke periuk nasi elektrik. ( Kalau nak biarkan kat dapur gas pun tak mengapa. Masak nasi sehingga masak ). Apabila nasi sudah masak, bolehlah titik pewarna kuning. Kalau tak nak pun tak mengapa.


- Untuk salatah hara, kisar kesemua bahan ( kisar tanpa air ) kecuali garam, gula & lemon. Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.




HIDANG NASI BERSAMA SALATAH HARA, TELUR MASIN, ACAR TIMUN ATAU SEBAGAINYA.