Sunday, March 18, 2012

Kembara Bumi Jordan 2011 - Ummu Qays

Terletak kira-kira 30km di barat laut Irbid. Dari lokasi sejarah tersebut pengunjung dapat melihat Bukit Golan dan Tasik Tobari dengan jelas sekiranya cuaca baik. Menurut sejarah Umm Qays dikenali sebagai Gadara merupakan Decapolis (salah satu daripada himpunan 10 buah kota dan kota ini adalah bebas walaupun di bawah pemerintahan Roman) Greco-Roman yang unik lantaran pernah dikuasai empat kuasa besar dimulai oleh Greek seterusnya Roman, Byzantine dan akhirnya empayar Othmaniyyah. Perbezaan binaan zaman Othmaniyyah adalah dibina daripada batu kapur putih manakala bangunan yang lebih awal darinya dibina dari batuan igneus (gunung berapi) yang hitam.







No comments:

Post a Comment