Monday, January 18, 2010

KUASANYA SEORANG PEREMPUAN

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.
Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh
dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan
daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon


Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang
lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa
melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan
kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh
menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan
perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada
pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi
terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami
dalam hal-hal yang diredhai Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari
perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang
disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja
mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta
akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih
kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?"
Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang
penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa
jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi
Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan
dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki
kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara
daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki
yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada
pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT
sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan
udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh
perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan
kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang
menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih,
mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah
saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air,
malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya
(isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta
menjaga solat dan puasanya)."


. . . Wassalam …

No comments:

Post a Comment