Sebagai wadah untuk mengutarakan berita, hasil nukilan , suntingan dari bahan-bahan yang dapat meningkatkan pengetahuan untuk faedah bersama. Sebarang komen dan teguran membina dialu-alukan.
Tuesday, December 30, 2025
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2026 : MENSYUKURI NIKMAT-NIKMAT ALLAH
Penjelasan Ringkas: Nikmat Kesihatan: Ketika sihat, manusia sering lupa untuk bersyukur dan menggunakan kesihatan itu untuk ketaatan kepada Allah SWT, seperti beribadah dan beramal soleh. Nikmat Waktu Lapang: Manusia cenderung mengisi masa lapang dengan perkara sia-sia atau tidak bermanfaat, sedangkan ia adalah kesempatan emas untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
Mengapa Dilalaikan? Manusia mudah tertipu oleh godaan dunia, merasa sihat itu pasti dan waktu lapang itu sentiasa ada, sehingga terlena dan tidak menyedari betapa berharganya kedua-dua nikmat ini sebelum datangnya sakit atau kesibukan yang merampasnya.
Hadis Rujukan: "Ada dua nikmat yang banyak dilalaikan oleh manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang." (HR. Bukhari).
Wednesday, June 25, 2025
1 Muharram 1447H (Awal Muharram) akan jatuh pada tarikh 27 Jun 2025 iaitu Hari Jumaat. Ianya adalah merupakan tarikh cuti umum buat rakyat Malaysia. Apakah tema Maal Hijrah 2025 / 1447H? “Al Falah Pemacu Malaysia Madani” telah dipilih sebagai Tema Sambutan Maal Hijrah tahun lepas. Untuk tahun 2025, tema yang dipilih adalah “Membangun Ummah Madani”.
Berikut dikongsikan informasi sambutan Maal Hijrah 2025 bersamaan dengan 1447 Hijrah di Malaysia termasuk Tema Maal Hijrah:-
Tema Sambutan Maal Hijrah tahun sebelumnya:-
Umat Islam di Negara Malaysia yang tercinta akan sentiasa mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah serta peristiwa baginda Rasulullah SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar dari sambutan Maal Hijrah. Bertitik tolak daripada peristiwa hijrah tersebut, umat Islam haruslah mengambil ikhtibar bahawa Ukhuwah Islamiah yang kuat dan jitu adalah asas kepada perpaduan dan kesatuan ummah yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan umat Islam ke era yang global demi menjulang nama Islam dipersada mata dunia dan menjadi ikon terbaik di alam maya ini.
Hari Jumaat, 27 Jun 2025 (Cuti Umum)
Tema Sambutan Maal Hijrah
2025 : “Membangun Ummah Madani”
Tema ini menekankan usaha membentuk masyarakat Islam yang progresif, bersatu padu, dan berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam sejagat. Ia selari dengan visi Malaysia MADANI yang menitikberatkan aspek kemanusiaan, keadilan sosial, integriti serta pembangunan rohani dan fizikal secara seimbang.
Dalam konteks hari ini, pembangunan ummah bukan sekadar merujuk kepada pembangunan ekonomi atau fizikal semata-mata, tetapi turut mencakupi pembinaan jati diri Muslim yang kukuh, pengamalan adab dan akhlak Islam, serta usaha memperkukuh perpaduan dalam masyarakat majmuk.
Lokasi Sambutan Peringkat Kebangsaan:
Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur
2024 : Al Falah Pemacu Malaysia Madani
2023 : Perpaduan Teras Malaysia Madani
2022 : Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran
2021 : Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti
2020 : Ummah Rabbani Negara Harmoni
2019 : Negara Rahmah, Ummah Sejahtera
2018 : Menyantuni Umat Membawa Rahmat
Friday, February 14, 2025
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM 1446H/2025M - BULAN PENUH KEBERKATAN
Syukur. Alhamdulillah. Bulan Ramadhan muncul lagi. Ramadhan dalam Islam adalah bulan ke-9 dalam kalender Hijriyah yang di dalamnya umat Islam menjalankan ibadah puasa dan berbagai amalan lainnya. Semoga segala amal ibadah pada tahun ini jauh lebih baik dari sebelumnya dan diterima Allah. Aamiin2 Ya Rabbal Aalamiin.
Makna bulan Ramadan
• Bulan penuh berkah, di mana setiap amal perbuatan dan doa memiliki keberkahan yang berlipat ganda
• Bulan kesabaran, di mana umat Islam sabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah, sabar dalam menghadapi musibah dari Allah, dan sabar dalam menjauhi kemaksiatan
• Bulan untuk merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan, dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat
• Bulan untuk meningkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah
• Bulan untuk melatih diri agar dapat menghindari dosa-dosa di hari yang lain di luar bulan Ramadhan
Asal usul nama Ramadhan
• Kata Ramadhan berasal dari kata Romadh (رمض) yang artinya panas menyengat atau membakar
• Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadhan digunakan karena pada bulan itu dosa-dosa dihapus oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah.




