Selamat Tahun Baru 2021
PKP 2.0 AKAN BERMULA PADA 13 JANUARI HINGGA 26 JANUARI 2021 MELIBATKAN ENAM BUAH NEGERI
Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13
Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.
PKP ini melibatkan tiga peringkat
pelaksanaan seperti berikut:
Pertama, PKP ke atas enam (6) buah
negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya
dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Peringkat kedua, PKPB (Bersyarat)
ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah,
Terengganu dan Kelantan.
Peringkat Ketiga, PKPP (Pemulihan)
pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan
sepanjang tempoh tersebut.
Langkah ini terpaksa diambil kerajaan
dalam usaha melandaikan kembali lengkuk jangkitan COVID-19 yang dilihat semakin
teruk sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
No comments:
Post a Comment