Tanggal 15 November 2018 kira-kira jam 9.30 malam mencatit sejarah peribadi. Alhamdulillah pesawat dari KLIA2 ke Kota Kinabalu telah mendarat dengan selamat. Membawa erti besar bagi saya dan isteri sebab negeri di bawah bayu ini telah melengkapkan perjalanan kami ke semua negeri di semenanjung, sabah serta sarawak walaupun usia kami dah mencecah lebih separuh abad. Syukur ke hadrat Allah swt kerana kami telah diberi kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan niat kami walaupun masa yang diambil untuk sempurnakan satu pusingan pengembaraan seluruh Malaysia yang agak panjang.
.
.
No comments:
Post a Comment