DOA YANG SANGAT WAJAR
DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGGERAK)
Oleh: Ismail bin Abu
Bakar
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya
sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika
dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan
terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan di sepanjang
hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
Keberuntungan beramal
dengan doa ini
Terhindar Daripada
Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr.
Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa
ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak
melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua
bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak
memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke
tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya
atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti
masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat
pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh
kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk
kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan
tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti
gangguan telefon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada
rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan
terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan
tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali
bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan
atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan
sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh
terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan
disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang
dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita
berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu
ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah
tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada
Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman
yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang
beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi
terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang.
Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser,
diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman.
Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan
adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum
menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca
doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak
memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada
Sihir
Perbuatan belajar dan
mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan
mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam
neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir
boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk
tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah
untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh
membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang
kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak
disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang
mengandungi santau.
Pengalaman penulis
berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut
terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan
kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis
itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya
pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana
makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar
daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum
menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain
pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan.
Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan
sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh
sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal
tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada
Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke
sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran
atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama
di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini.
Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya
untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang
penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas,
kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa
kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh
makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk
mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian
ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang
tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga
kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada
tiga.
Semoga artikel pendek
ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.
No comments:
Post a Comment