Alhamdulillah saya dan isteri selamat menjejak kaki ke bumi anbia Jordan pada 23/06/2011, lebih kurang jam 5.15 pagi waktu tempatan. Kami berlepas dari KLIA jam 10.10 malam dengan pesawat Royal Jordanian dan mendarat di Queen Alia Airport, Amman, Jordan.
Sampai di Irbid iaitu hampir 1 jam lebih perjalanan dari Amman, terus ke apartment sewa anak sulong saya di sana. Untuk sarapan pagi, kami mencuba-cuba makanan orang arab Jordan iaitu falafeel, hummus dan fata yang bahan asasnya dari kacang kuda. Sedap juga sesekali dapat merasai makanan sebegini.
Makanan sarapan pagi di Irbid
Khubuz (roti), hummus dan fata
Falafeel - bahan dari kacang kuda, dihancur dan digoreng.
Hummus, fata & falafeel diletak atas khubuz
mmm...memang sedap dimakan
Untuk makanan tengahari, kami diperkenal untuk mencuba di "kedai bawah tanah" memang popular di bandar Irbid. Diusahakan oleh peniaga arab dari Yemen. Bila melangkah kaki masuk ke kedai, awal-awal lagi "towkay" kedai dah ucap selamat dan bertanya khabar. Tak faham arab pun senyum-senyum juga. Ahlan Wa Sahlan...
Nasi beriani dan nasi zurbiyan ala yemen untuk dua orang makan (satu dulang dua jenis nasi). Tapi kami bertiga (dengan anak ) kongsi satu dulang baru boleh habiskan. Alhamdulillah.
Ada sayur, kuah (ada rasa macam kari) dan air asam
Memang menyelerakan....
No comments:
Post a Comment