Laman Hijas Mekar
Sebagai wadah untuk mengutarakan berita, hasil nukilan , suntingan dari bahan-bahan yang dapat meningkatkan pengetahuan untuk faedah bersama. Sebarang komen dan teguran membina dialu-alukan.
Friday, September 13, 2024
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1446H/2024M
Sungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan. Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:
Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
Menutup aurat.
Tiada unsur maksiat.
Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.
Jom Selawat Ke Atas Nabi!
Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada Kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Antara selawat yang boleh dibacakan :
Selawat Nariyah
Selawat Adrikiyyah
Selawat ‘Azhimiyyah
Selawat Al-‘Ali Al-Qadri
Selawat Jawahirul Anwar
Selawat Thabibi Qalbi
Selawat Wisal
Kesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.
Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul
Friday, July 5, 2024
Wednesday, March 6, 2024
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN KAREEM - SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM 1445H/2024M
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan Kareem. Bersediakah kita? 1. Berdoalah agar Allah سبحانه وتعالى memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah dan zikir.
Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapat malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah akan membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan bagi memberi peluang kepada manusia untuk membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
“Allahumma Ballighna Ramadhan”
Ia merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.
5 Persediaan Untuk Menyambut Ketibaan Ramadhan Kareem
2. Bersyukurlah dan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى atas kurniaan Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkarnya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagunganNya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah سبحانه وتعالى kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah ﷺ selalu memberikan kabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى.
5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Sesiapa yang jujur kepada Allah سبحانه وتعالى, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan.
“Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Tetapi bagaimanakah dengan kita?”
Sumber rujukan :akuislam.com & shafiqolbu.wordpress.com
Monday, December 25, 2023
SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2024 ***HAPPY NEW YEAR 2024***
Tahun Baru 2024 bakal menjelang beberapa hari lagi. Sudah tentu peristiwa-peristiwa suka duka yang berlaku sepanjang tahun 2023 akan terpahat di sanubari bagi mereka-mereka yang telah melaluinya bagaikan satu pengalaman baru bagi sesetengah orang. Begitu juga sejauh mana kita telah penuhi azam dan harapan yang telah dibuat pada awal tahun 2023. Sesungguhnya hanya diri sendiri yang mampu dan dapat menilai pencapaian sebenar. Hidup perlu diteruskan selagi nyawa di kandung badan. Semoga terus mendapat taufik dan hidayah dari Allah. Aamiin Ya Rabbal Aalamin.
Friday, November 17, 2023
FAVOURITE VIDEO LINKS FROM MY YOUTUBE CHANNEL FOR 2023
Sila Klik Link Di Bawah
2.Wonder Food Museum Penang 2023 3.Selangor Fruit Valley Part 1 2023 4.Selangor Fruit Valley Part 2 2023 7.TL House Puncak Bukit Birut 2023 10.Melaka Raya 2023 - Part Two 11.Lawatan Muhibbah Ke Temerloh 2023 12.Meriahnya Reunion Pertama SKBT 2023 14.Sekolahku Sejahtera SK Bandar Tua 15.Masihkah Kau Ingat...Kenali Sahabat Anda!
Wednesday, September 27, 2023
Wednesday, July 19, 2023
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1445H - 19 JULAI 2023
Hijrah itu PENGORBANAN
Hijrah itu PERJUANGAN
Hijrah itu PERSAUDARAAN
Hijrah itu PERPADUAN
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah keadaan mereka"
(Terjemahan Surah Al Ra'd Ayat 11)